Program Cabaran Sihat Ramadan
21 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Kampung Quop telah menyertai Program Cabaran Sihat Ramadan, satu inisiatif yang bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta sepanjang bulan Ramadan. Program ini mewajibkan setiap peserta untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala sepanjang tempoh Ramadan bagi memantau tahap kesihatan dan kesejahteraan diri.
Dalam program ini, NADI Kampung Quop turut mengambil bahagian dengan penyertaan seramai dua (2) orang peserta, masing-masing mewakili kategori FlourisHER dan MenWELL. Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI Kampung Quop dalam menyokong keseimbangan kesihatan fizikal dan mental, selari dengan objektif program yang menekankan kesejahteraan holistik semasa berpuasa.
Diharapkan penglibatan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya dalam mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: